Wednesday, November 23, 2011

CINTA

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda..

Dah lama tak menulis, tengok tajuk-cinta, rasa cam menarik perhatian tak?@mungkin saya perasan sorang2, blog yg dhaif ni, sapelah yg membukanya.gambar pun tak reti nak upload.huhu.

Mengenali mereka yang menyebabkan saya jatuh cinta kepada Rasulullah s.a.w,dan ahli keluarga baik keturunan baginda Nabi s.a.w, saya berasa amat bersyukur dan bertuah.
Mudah-mudahan mereka sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah.

Harap cinta kepada baginda akan diiringi semangatku dalam berjuang.PERUBATAN.harap bisa diteruskan walau banyak dugaan mendatang kini dan mungkin kemudian..ameen ya Allah..

al-ba is..pendorong..

CINTA KEPADA ALLAH
CINTA KEPADA RASULULLAH DAN AHLULBAIT
CINTA KEPADA UMAT YANG DICINTAI RASULULLAH S.A.W
itulah pendorong..

tiba2 bersemangat.harap semangat ini tak hilang selama-lamanya.Harap diriku dan ahli keluargaku jua bisa menjadi pencinta yang berupaya membuktikan cinta kepada Rasulullah s.a.w..ameen.

amalan itu lebih bermakna tatkala disertai perasaan cinta,bukan semata-mata kerana takut kepada azab Allah.(tapi kita perlu takut)..dan lebih penting, bukan semata-mata inginkan ganjaran kebaikan.

ganbatte sume!

Barakallahufikum..ameen ya Allah.

N:B:kata ukht liana "ride it with oxytocin, not dopamine"-dah lupa camne ulasannya.thanks liana kerana menjelaskan.Pelajar medik leh cari sendiri apa maksudnya..hehe.

Sunday, June 5, 2011

Mencari Jalan

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya.


Jika kita sedar kita hamba Allah yang tidak tahu,
Maka Dia pasti menunjukkan jalan,

Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim,
Merajakan akal hanya membawa kesesatan,
Mengikut hati, tidak diketahui hati itu cukup bersih@tidak,
Mana mungkin nur itu bisa memasuki hati yang bermaksiat,
Tidak diketahui di mana ujubnya,riaknya,ikhlasnya...and so on
Maksiat mata, telinga, perut...semuanya membutakan mata hati,
Bagaimana mungkin kita mengaku hati itu ikhlas dll~

Kita memangnya hamba yang tak mengetahui sesuatu apapun,
Jadi siapa lagi yang boleh menunjuki kita melainkanNya?
Hati hanya boleh berharap mendapat petunjuk,
Dan yakin dengan petunjuk Allah itu semestinya.
Ikutlah petunjuk hati yang ditunjuk Allah,
Kerana hati itulah lathifah rabbaniyah,
Raja di dalam kerajaan diri,
Tempat letaknya hidayah Allah.

Usah gusar dengan title diri sebagai hamba,
Walaupun kita hamba,
Kita hamba yang istimewa,
Kerana kita hamba kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Tugas hamba adalah taat~

Ulamak itu tahu akan ilmu Allah dengan nur,
Menjaga diri mereka dari maksiat lahir dan batin,
Siapalah kita dibanding mereka,
Merekalah pewaris para Anbiya,
Bersikap sombong dengan para ulamak hanya menjauhkan kita dari rahmatNya.
Merungkaikan persoalan2 hati,
persoalan itu terbit dari hati yang paling dalam,
Namun, hati itu bisa dinodai syaitan, menanyakan soalan yang tidak patut~
Ilmu itu cahaya, yang menerangi jalan yang patut kita lalui,
Hidayah itu tidak datang bergolek,
Perlu dicari dan diusahakan~

Em, sajer2 menulis. ni nak elakkan salah faham. Saya tidak sekali menuding jari menyatakan mana2 jemaah itu salah, setiap orang pasti ade alasan sendiri, pasti ade jalan sendiri yang dia rasa senang. Lebih baik bergiat dalam jemaah daripada duduk berdiam diri.,Sesungguhnya saya malu dengan kalian yang bergiat aktif..huhu..

Percaya kepada satu hadis Nabi s.a.w ni je, iaitu, Allah tidak akan sesekali menghimpunkan umatnya untuk kesesatan. Sesat itu terjadi bilamana seseorang itu berdiam diri, berfikir sendiri, tidak merungkai persoalan dengan ilmu yang patut, begitu lah.

Ni sebab saya dok rumah, jadi banyak betul fikir, bimbang juga, jadi kalaulah ade kata2 falsafah@ kata2 yang pelik, sesat tu, mohon2 lah teguran.
Ad deen nasihah. Agama itu nasihat. Marilah kita saling nasihat menasihati.:-)

Wallahua'lam

Saturday, June 4, 2011

Ikutlah ulamak.Ikutlah jemaah ulamak.:-)

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Kadang-kadang dalam mencari jalan hidup, akhirnya kita akan menemui kebuntuan. Saya dulu amat keliru, melihat jemaah-jemaah. Terfikir, kenapa ye leh berpecah belah? Kenapa ye jemaah ni banyak membicarakan tentang akidah? Tapi saya lihat jemaah ni betul-betul baik, orangnya baik2, suka tolong orang, hati terasa betul2 tersentuh dengan keikhlasan mereka. Saya tak masuk jemaah mereka pun, mereka tetap ikhlas menolong, jadi kenapa mesti dikatakan tarbiyah mereka salah?

Jadi saya meneutralkan diri, tak lain, Allah jualah tempat kita memohon petunjuk. Kemudian saya bertemu dengan lebih ramai lagi orang, ada yang saya lihat seolah-olah telah sampai, tapi saya juga tak tahu adakah dia betul-betul sudah nampak dan lihat tujuannya.

Kata orang, Allah akan melindungi mereka yang ikhlas. Apa itu ikhlas? Apa itu ujub? Akhirnya sedar, kerana asyik bermain2 dengan akal dan pertanyaan. Sebagai contoh, ikhlas itu adalah melakukan sesuatu kerana Allah.Tapi benarkah saya ni dah melakukan sesuatu kerana Allah?Betulkah hati ni tak harapkan apa2 balasan? Betulkah dah saya padamkan segala keinginan dan kepentingan diri semata-mata untuk Allah? Setiap amal itu bermula dengan niat. Jadi apa niat saya sebenarnya? Apa yang sepatutnya saya niatkan? Apa itu ikhlas? Ada juga orang bagitau saya, kalau kita merasakan diri ikhlas, masih tidak ikhlas. Akhirnya saya tidak tau juga apa itu ikhlas.Menemui infiniti. Sebenarnya banyak lagi persoalan-akhirnya barulah saya tau kenapa ulama2 dulu mensyarahkan satu2 itu dengan panjang lebar, kelihatannya biasa saja. Tapi itulah ikutan kita. Hadis niat disyarahkan dalam buku yang amat tebal-kata ustaz.

Kemudian beralih pula tentang ujub, ujub ni rasa diri bagus. Tapi adakah kita akan rasa bagus dengan rasa diri tak bagus? Akhirnya tetap jua infiniti-tak ditemui jawapan.

Apabila banyak memikirkan persoalan2 yang diutarakan, akhirnya ia beralih kepada akidah. Jika hanya dengan mempersoalkan tentang niat jua sudah amatlah banyak, apatah lagi akidah. Banyak sekali penafsiran akal saya sendiri tentang erti tawakal usaha dan lain2. Namun akhirnya saya merasa sangat buntu, walaupun biasa je dengar benda-benda ni dibincangkan dalam satu2 jemaah tarbiyah. Mula-mula bertanyakan tentang niat, kemudian tak disangka niat itu bersangkut paut dengan akidah. Akhirnya saya keliru, barulah saya tau kenapa ulamak2 amat berhati-hati dalam menyampaikan ilmunya..

Begitulah, kemudian barulah saya rasa betapa pentingnya ulamak. Kerana sebenarnya setiap persoalan, dan ilmu yang saya dapat, akhirnya akan menemui infiniti. Semakin difikir semakin tidak tahu. Allah, betapa perlunya guru yang untuk setiap yang kita baca. Guru yang bersanad, dan sanadnya pula sahih.

Betapa takut rasanya bila saya mengetahui tentang satu hadis yang mengisahkan tentang jemaah yang sesat. Daripada 73, hanya satu je yang selamat. Akhirnya saya buat keputusan, saya tak akan biarkan diri sendiri berfikir tentang ilmu2 yang saya dapat, serahkan kepada Allah, saya tetap tak tahu betul atau tidak. Akal buntu, hati juga kata tak tahu. Sebab hati sendiri pun saya tak berapa yakin adakah ia cukup bersih untuk menilai.

Senang kata. Kita hamba. Bukan alat. Bukan pelakon.Allah takkan menzalimi hambaNya. Seterusnya dan seterusnya......Banyak persoalan.

Akhirnya baiklah kita fokus kepada amal yang patut dibuat bukan? Tapi dalam memilih untuk mendapatkan ilmu, pilihlah jemaah ulamak kerana mereka itulah pewaris Nabi. :-). Pentingnya ilmu bersanad. Barakah.Dan lain2.

Ilmu itu cahaya. Dan cahaya Allah takkan masuk dalam hati yang bermaksiat kan? Jadi marilah kita sama2 usaha elakkan maksiat. Ikutlah ulamak kerana Allah, bukan kerana nak menunjuk-nunjuk.

Akhirnya saya tetap tidak tahu. Serah kat Allah. Wallahua'lam.

p/s: Banyak sekali benda2 akal saya mainkan sebelum ni. Jadi harapnya apapun, rujuklah kembali kepada para ulamak. Rasa cam semakin takut nak berkata-kata. Patutlah perlunya orang yang ahli dalam bidang masing2 untuk dirujuk.

Sunday, May 29, 2011

Jodoh, Cinta, tanggungjawab

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda,

Setelah sekian lama menyepi, rasa takde benda nak tulis. Nak berhenti menulis tang muhasabah, sebelum ni banyak sekali tulis cara diri bermuhasabah -tapi ada satu benda yang perlu disedari, bermuhasabah memang perlu untuk membaiki diri-namun akhirnya kita tak akan bertemu juga kerana hati itu tidak dilihat oleh mata kasar-hati kita mahupun hati orang lain- apa yang boleh buat, banyakkan zikir dan isi kekosongan dengan ilmu- bersangka baik- aura daripada sangka baik itu dapat dirasa- bersangka baik dengan Allah, maka kita juga akan bersangka baik dengan makhluk(tapi adalah dengan berhati-hati).. Ramai manusia membuat ideologi dan falsafah, ramai juga yang tersesat kerana terus mengikut tanpa pertimbangan akal dan kerendahan hati memohon petunjuk Allah sebagai hamba yang langsung tidak mengetahui.. Oleh itu, saya ingin sekali mengingatkan diri sendiri dan sesiapa sahaja- lihatlah falsafah yang ingin disebarkan, bimbang jika falsafah tersebut adalah sesat dan menyesatkan orang.

Kali ni bukan nak menyebarkan ideologi, tapi ingin berkongsi pandangan- kalau rasa menyimpang, saya sangatlah memohon diberi teguran. Kerana kita sama-sama muslim yang mencari jalan untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba-tidak putus mengingatiNya setiap masa.

Bila berbicara soal jodoh, ramai sekali orang memberi pandangan mereka. Sebagai contoh "jodoh kita adalah orang yang dapat rasa apa yang kita rasa", "jodoh kita adalah begitu..begini.."..

Tatkala seseorang itu jatuh cinta,samaada sudah berkahwin @ belum berkahwin, (perlu diingat, jatuh cinta tak sama dengan jatuh suka), terus timbul keyakinan dalam hati "inilah jodoh aku dunia,akhirat"..Apatah lagi jika yang mencintai itu turut dicintai. Agaknya, bolehkah kita membiarkan diri terpedaya dengan firasat keyakinan itu?

Perlulah kita tahu, jika di dalam hati timbulnya kecintaan kepada seseorang, sehingga melalaikan diri daripada mengingati Dia Yang Paling Patut Diingati, maka kelak pasti akan diuji, jika Allah Menghendaki. Kerana bagi seorang mukmin, tidak boleh dalam hatinya mencintai sesiapapun melebihi cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w..Tidak kisah apapun cinta itu, cinta kepada kemewahan dunia@cinta kepada kekasih manusia. Kerana apapun yang terjadi, perlulah kembali kepadaNya.

Sedarlah, selagi dalam hati bertandangnya cinta kepada dunia, maka hati akan takut kehilangan dunia. Adanya cinta kepada manusia, maka hati akan takut kehilangan manusia. Kerana adanya rasa cinta, akan ada rasa keinginan untuk memiliki. Bukan salah untuk mempunyai perasaan cinta, namun salah apabila hati terlalu mengharap untuk memiliki cinta selain cinta Allah dan RasulNya..

Usah terlalu difikirkan soal jodoh, atau siapa yang bakal menjadi peneman di syurga- kerana itu rahsiaNya. Tapi sebagai umat Nabi s.a.w, perlunya kita untuk menjalani sunnah perkahwinan. Kerana perempuan dan lelaki itu saling memerlukan, saling melengkapi. Tidaklah salah mengharap untuk menjadi seperti Rabi'atul Adawiyah mahupun Imam Nawawi- tapi perlu disedari keadaan mereka, ada hikmahnya Allah ta'ala mentaqdirkan keadaan sebegitu untuk kekasih-kekasihNya ini. Ada pengajaran yang amat berguna untuk sekalian kita. Namun, ikutan kita pastilah Kekasih Allah yang Teragung-Rasulullah s.a.w.

Perkahwinan itu tanggungjawab. BuKAN untuk keseronokan semata-mata. Selain menjadi pelepas kepada nafsu syahwat, pastilah agar terlahirnya zuriat yang soleh yang bakal menjadi pejuang Agama Allah. Itulah cita-cita yang patut terlahir dalam setiap pasangan muslim yang mendirikan rumah tangga.Mungkin juga boleh untuk menjadi cara dakwah-kalau rasa soleh, carilah calon yang kurang solehah untuk dididik, kalau rasa solehah, carilah yang kurang soleh untuk didakwah..Ni saranan seorang ustaz. Tapi jangan mimpi untuk mendidik orang kalau diri sendiri tidak terdidik..He..he..pesan kat diri sendiri juga.

Isy..2x..tau menulis je, saya sendiri meragui upaya untuk buat semua-semua tu. Ketidak matangan ditambah dengan tidak reti merancang, rasanya mungkin masih jauh.
Memandangkan betapa ramai perempuan zaman sekarang, mungkin perlunya kita sebagai seorang perempuan bercita-cita untuk menjadi seperti Rabi'atul Adawiyah. Lelaki zaman sekarang mempunyai banyak sekali pilihan, dan pastilah pilihan itu akan cenderung kepada fitrah setiap manusia, nak yang cantik2. Apapun, dalam membuat keputusan, bertanyakanlah kepada Allah-solat istikharah.

Jadi fokuslah pada tanggungjawab yang patut. Untuk remaja-taati kedua ibu bapa selagi tak bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya..Birrul Walidaini.

Saje tulis2 pesan2. Sebab ramai sekali yang punya masalah dalam cinta, sampai kecewa dan nak bunuh diri pun ada. Rumah tangga pun rosak boleh rosak apabila seorang isteri tu terlalu cemburu kerana terlalu mengharapkan cinta suaminya. Saya tengok-tengok drama cinta ginilah, kesian betul dengan mereka yang kabur dengan falsafah cinta yang salah. Perlu diingati, cemburu itu tanda iman. Kalau tak cemburu, dayuslah seorang suami merelakan isteri melakukan maksiat, begitu juga isteri.. Namun, walau cemburu sekali manapun, perlu juga isteri itu tunduk kepada syariat yang membenarkan poligami. Dan pandai-pandailah si suami yang nak berpoligami tu menguruskan isteri-isteri mereka, kerana si suami yang berpoligami itu sebenarnya semakin merisikokan diri untuk disumbat ke dalam api neraka. Na'uzubillahiminzalik..Jadi, carilah ilmu betul2 kalau tak nak dipersoalkan di akhirat kelak.


Moga Allah melindungi kita semua.Kita semua pasti lah nak jadi mukmin yang kuat.Kuat dengan taqwa. Dengan adanya keyakinan kepada Allah..Ameen ya Allah..

We have to plan, but not to think. Focus on what to focus.

Saturday, April 23, 2011

Rupanya Allah murka...

Bismillahirrahmanirrahimam

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda
Artikel kali ini ingin saya berkongsi perihal istidraj, tidaklah banyak yang saya tahu, tapi hanya berkongsi sedikit sebanyak tentang yang sempat saya ambil daripada rancangan TV, ceramah oleh Syed Kader Al-Jofree hari ini. Oleh kerana hanya melihat sepintas lalu dan tidak sempat mengambil buku mencatat, mungkin sekali ada yang berlainan daripada apa yang disampaikan dari sudut ayatnya, jadi mohon teguran untuk sesiapa yang punya ilmu tentang ini.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Qurtubi satu kisah,

Ada seorang hamba Allah yang berdoa,
“Ya Allah, aku ni selalu melakukan dosa, tetapi aku lihat tiada kesan daripada dosa tersebut ke atasku” kata hamba tersebut, namun jauh di sudut hatinya, dia berasa megah kerana tidak merasai akan dosanya.
Lalu Allah ta’ala mengkhabarkan jawapanNya kepada Nabi yang berada bersebelahan dengan hamba tersebut,
“Khabarkan kepada hambaKu, aku tidak menunjukkan kesan dosa tersebut dengan mudarat pada dirinya, tapi ketahuilah telah Aku tutup matanya (daripada melihat dosa yang dilakukan) dan membiarkan keras hatinya(sehingga tidak tidak dapat dia merasa akan mudarat dosa yang telah dia lakukan).”

Astaghfirullahal’azim, dahsyat sekali, apabila tiada nur yang bisa lagi menerobos masuk ke dalam ruang hati kita. Dosa yang dilakukan tidak terasa. Menghina mencaci orang, tapi masih rasa tidak bersalah. Memandang rendah kepada saudara semuslim kerana kebolehan yang dianugerahkan. Mungkin sekali setiap anugerah@ kelebihan yang Allah kurniakan seperti pintar, genius, disukai ramai, dan lain-lain kelebihan itu hanyalah istidraj, kerana murka Allah pada kita?Ketenangan sekalipun, mungkinkah ianya suatu istidraj?

Bayangkan, mungkin sekali Allah ta’ala member istidraj dalam keadaan kita tidak sedar, sebagai contoh kita sengaja menyakitkan hati saudara semuslim kerana hasad @ benci..Melayan bisikan syaitan. Kita menyakitinya, tapi semakin diberi Allah kemudahan dalam segenap urusan kita, semakin cemerlang dalam pelajaran, semakin murah rezeki, semakin hidup terasa tenang..Allah, dahsyat sekali, merasa diri sudah dikasihi Tuhan, tetapi hakikatnya semakin mendapat murkaNya..Na’uzubillahiminzalik.

.Oleh itu, sesiapa sahaja sekeliling kita, cerdik@ bodoh, kaya@ miskin, dll, jangan sesekali biarkan hati atau lidah memandang rendah kepada mereka..Buangkan sifat sombong sebesar gunung dalam hati, kerana selagi bertandangnya sifat sombong itu, selagi itulah ada dalam hati berasa diri gah, hebat, suka diberi penghormatan.

Kata Imam Al-Ghazali (dipetik daripada surat khabar kosmo),
Menjadi orang terhormat adalah dituntut, namun gilakan penghormatan itu adalah terlarang.

Saidina Umar Al-Khattab, antara sahabat dijamin syurga yang betapa tinggi takwanya kepada Allah, betapa takut hatinya kepada sifat istidraj ini. Diceritakan, bilamana beliau berjaya menawan Kisra dan memegang anak kuncinya, sehingga Islam tersebar dengan meluas di segenap pelusuk dunia, Saidina Umar berkata “Aku mohon perlindungan Allah dariapada istidraj olehNya.”..

Benar, takutlah kepada istidraj..Kita bukannya Nabi, dan tidak terlepas daripada melakukan dosa. Tapi mengapa hati tidak terkesan oleh dosa? Itulah, kerasnya hati kita..Beranikah kita memohon kepada Allah dengan berkata,

“Ya Allah, janganlah Engkau biarkan hatiku ini tenang walaau dengan sedikit dosa yang aku lakukan”

Pastinya tidak kita berani, kerana mungkin sekali bila dilihatkan kepada kita bekas-bekas dosa yang melekat di hati, dan betapa gusarnya hati yang dapat merasa walau setitis dosa, mungkin sekali kita bisa menjadi gila. Oleh itu, berterusanlah kita memohon taubat dariNya hingga akhirnya tangisan kerana dosa itu bukan lagi tangisan palsu yang dibuat-buat, tetapi adalah tangisan terus daripada hati yang pada fitrahnya takut dan gelisah dengan dosa..

Dan ingatlah hakikat diri kita sebagai hamba, jangan memandang rendah kepada orang lain hatta pelaku maksiat. Pohonlah hidayah untuk diri sendiri dan untuk si pelaku maksiat, kerana kita dan si pelaku maksiat itu adalah sama, cumalah kita terlebih dahulu mendpat hidayah olehNya..Begitulah kita selaku umat Nabi Muhammad s.a.w, tidak layak untuk hati menanam benih kebencian terhadap seudara semuslim, kerana tugas orang yang telah memperoleh hidayah seperti kita adalah mendoakan mereka yang belum mendapat hidayah, di samping mendoakan diri sendiri agar diteguhkan iman..

Hati keras, syariat untuk membetulkan ibadat entah ke mana. Akidah juga masih terumbang ambing. Kenapa? Kerana kurangnya kita mencari ilmu agama, tapi melebihkan ilmu dunia..Dengan alas an, “dunia dan akhirat perlu diseimbangkan”..
Kebenarannya, kita tidak mengetahui ajal maut kita, oleh itu, berusahalah memantapkan setiap ibadat dengan ilmu agar ia sempurna walaupun sedikit, tapi jika banyak itu lebih baik..Hal keduniaan, dan tanggungjawab dunia, perlu juga diselesaikan. Namun, tidak perlu terlalu difikirkan apa yang telah berlaku jika telah kita usaha tunaikan yang terbaik..

Moga kita, dan sekalian mukmin mukminat muslimin muslimat sentiasa berada di bawah naunganNya, dan jauh dari murkaNya...ameen ya Allah.
Wallahua’lam

Monday, April 11, 2011

Saya benci mak, mak tak sayang saya..

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda

Kali ni rasa nak berkongsi cerita dengan pembaca sekalian tentang mak ayah. Ibu bapa kita. Kasih dari kalbu mereka tidak pernah terpadam, walau sebesar mana dosa si anak., kerana cinta mereka itu ikhlas, ikhlas yang tiada tolok bandingnya..Namun, seikhlas-ikhlas kasih ibu, ikhlas lagi kasih Rasulullah s.a.w terhadap kita. Cinta ikhlas kerana Allah itu seperti cinta ibu kepada anaknya, yang mana seorang ibu sayang, tapi tidak mendidik anaknya untuk cintakan dunia.

Jika ikhlas hanya semata-mata kerana sayang, tetap juga ikhlas itu salah. Kerana ikhlas sebenar(kerana Allah)seorang ibu itu adalah berusaha mendidik anaknya agar tidak cintakan dunia, tapi lebih mementingkan akhirat dalam kehidupannya

Saya pernah terbaca satu cerita semasa kecil, membacanya menjadikan rasa akal berfikir, betapa telah diri ini menyia-nyiakan kasih seorang ibu. .Sejak itu berazam untuk berusaha berjasa kepada mak ayah, tapi kadang-kadang ada juga perkara yang diharapkan oleh ibu ayah tidak dapat tertunai dengan sempurna. Mungkin kerana kurang usaha..Apapun, setiap yang ada pada kita itu datang dari Allah, jadi tak perlu bersedih jika tak berjaya melakukannya.Tapi bersedihlah kerana kurangnya usaha kita untuk melakukannya.

Beginilah cerita tersebut,(saya olah sikit, sebab ingat-ingat lupa)

Seorang anak kecil telah bergaduh dengan ibunya, lalu dia merajuk dan lari dari rumah. Fikirnya “aku benci ibu, ibu tak pernah faham perasaan aku, ibu jahat”
Setelah lari dari rumah, anak itu berjalan-jalan tanpa tujuan, sehinggalah perutnya berasa sangat lapar..Lalu dia terlihat sebuah kedai makan, seorang mak cik tua sedang menjual nasi dan lauk pauk. Lalu anak itu menuju ke arah mak cik tersebut.

“Anak ni dari mana? Nampak lesu je, duduklah”
Lalu budak itu pun duduk berdekatan mak cik tersebut..Matanya melihat-lihat kepada nasi dan lauk-pauk yang dijual, menjadikan perutnya bertambah lapar. Dia tidak tahan, akhirnya dia meminta makanan daripada mak cik itu.
Mak cik tersebut simpati dengan melihat keadaan budak itu, lalu dia menjamu budak tersebut dengan nasi dan lauk pauk jualannya. Sambil-sambil berbual dengan budak tersebut.
“Anak ni ada masalah apa? Mak cik tengok macam sedih je.”
“Saya gaduh dengan mak. Mak tak sayang saya. Dia tak faham kehendak saya..Mak saya tak macam mak cik, mak cik baik., “

Lalu mak cik itu terdiam..Dia merenung ke wajah budak tersebut, seolah-olah sangat kecewa dengan perangai ibunya..Dia menghembuskan nafas..Lalu berkata kepada budak itu

“Mak cik baru bagi kamu makan sikit ni kamu dah nampak mak cik ni baik. Habis tu ibu kamu yang jaga kamu sejak dari kecil, tak biarkan kamu berlapar, bagi pelajaran dan macam-macam kemudahan kat kamu, jauh lagi baik dari mak cik ni, jauh lagi sayang kat kamu”

Budak itu tersentak..Kemudian dia berfikir.

“Dah lah, baliklah kat mak, mana ada mak tak sayang anak. Tapi anak sebenarnya yang tak mengerti kasih mak kat dia. Asyik memaksa ibunya faham perasaan dia, tapi dia sendiri tak pernah cuba faham perasaan seorang mak”

Budak itu menangis tersedu-sedu mendengar kata mak cik. Lalu dia terkenang kepada semua keinginan dia yang selalu ditunaikan ibunya.

Akhirnya dia kembali ke pangkuan ibu dengan penuh penyesalan.

Ehem..beginilah ceritanya. Bukan setakat ibu, tapi orang lain sekeliling kita juga. Jika kita asyik mementingkan perasaan sendiri, maka mustahillah akan terpupuknya satu ukhuwwah yang ikhlas.

Terkenangkan juga, budak-budak zaman sekarang. Kalau bercinta, langsung tak fikir perasaan mak ayah. Sampai sanggup gadai maruah diri. Bercinta sampai lupa diri , lupa Allah, lupa ajaran Nabi s.a.w yang meletakkan ibu bapa sebagai yang patut diutamakan setelah Allah dan RasulNya.

Jika cinta itu merosakkan, sedarlah, itulah cinta palsu. Bukan cinta kerana Allah. Mencintai seseorang itu tidak semestinya memiliki cintanya, cukuplah jika kita melihat mereka yang kita cintai itu bahagia..Kerana tujuan kita sebenar adalah cinta Allah. Dan cinta yang tidak dapat dimiliki itu adalah sekadar ujian,. Jika perit menahan perasaan rindu, maka mengadulah kepadaNya, kerana tidak akan ada yang boleh menghilangkan perasaan yang dicampakkan olehNya melainkan Dia sendiri.

Menyayangi itu adalah dengan memberi, maka hati sudah cukup tenteram melihat kebahagiaan orang yang disayangi.
Mendapat balasan kasih itu adalah sebagai hadiah.
Hadiah sebenar yang paling bernilai itu adalah mendapat cintaNya yang hakiki.

Tapi kita sangatlah jauh.
Janganlah kita biarkan kasihNya semakin menjauh kerana terturutkan hawa nafsu dan perasaan.

Cintailah setiap saudara kita keranaNya..

Monday, April 4, 2011

Hitamnya hati aku...

Bismillahirrahmanirrahim Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda

Artikel kali ini ingin mengajak kita semua merenung diri, dan jangan sesekali memandang orang lain, kerana tanda hati kita yang rosak adalah apabila diceritakan tentang sifat-sifat buruk seperti takabbur, riak, ujub, kuat makan, kuat nafsu, pemalas dan lain-lain sifat, kita selalu melihat dan berkata dalam hati

“Em, sifat ni mungkin ade kat si fulan bin si fulan” (kan dah suuzon teruk giler tu, na'uzubillahiminzalik)

Dan tidak pula berkata

“astaghfirullahal’azim, nilah sifat buruk aku…Allah, hinanya hamba ini di sisimu.”

Tanda hati yang rosak juga, adalah hati berasa gembira apabila melihat aib saudara semuslim..walaupun dia cuba mengubah dirinya, tapi hatinya masih memandang rendah pada kawan yang mempunyai aib itu.

Lagi tanda hati itu bertitik hitam, adalah apabila seseorang itu mendengar tazkirah atau ceramah tentang dosa, hatinya akan berkata

“Inilah dosa yang dibuat oleh si fulan bin si fulan, isy, teruk betul orang ni”
Tapi tidak pula berkata,
“Allah, kenapalah aku susah untuk rasa berdosa ni, kerasnya hati hambamu ini ya Allah,” Selalulah kita merenung,

Apakah aku selalu merasakan diri bagus? Ya Allah, sesungguhnya semua itu kurniaMu, dan Engkau bisa menariknya sekelip mata. (Great power comes with great responsibility, not "im feel i'm great")
Apakah aku selalu mengelakkan diri untuk beramal kerana malu dengan manusia? Ampunkan aku ya Allah. Aku ni sangatlah hipokrit di sisiMu ya Allah.
Ya Allah, mengapakah rasa malu ku pada manusia melebihi perasaan malu ku padaMu?Jika aku malu aibku ini dibuka kepada orang, mengapa tidak aku malu padaMu?


Ya Allah, tutuplah aib saudara kami, kami tidak sanggup melihatnya, takut sekali kami melihat aib saudara kami sehingga terlupa akan lebih aib dan hinanya diri kami ini di sisiMu…


Berusahalah mengeluarkan dunia dari hatimu,
Letakkan dunia di tanganmu,
Agar mudah untuk kau melepaskannya tanpa rasa pedih..
Jika Allah ta’ala mahukan dunia yang dipinjamnya padamu itu..

Tapi selagi dunia itu masih ada di tanganmu,
Ukirlah,hiaslah ia seindah-indahnya,
Untuk kau persembahkan padaNya,
Betapa cantik hasil usahamu untuk diperlihat kepadaNya semata-mata..

Apakah kau mengira CintaNya itu sesuatu yang murah?
Sesungguhnya, cinta Yang Maha Esa itu tidak dapat dinilai,
Mahalnya lebih mahal daripada Alam CiptaanNya dan isinya.,

Segala puji hanya bagi Allah,
Dan pujian kepada orang yang dipujiNya,
Itulah para Rasul, Nabi, dan Wali-waliNya,

Licik benar tipu daya syaitan itu,
Membisik “kau hebat, ibadat istiqamah, banyak, dah jadi Wali ni”
“Muka kau bersih kan, orang suka tengok, nampak soleh jer”
“Kau pandai, mesti Allah bagi hikmah, tengok, kau cakap, orang lain terus dengar”

Bodohnya, kalau terpedaya..Tidakkah kita lihat, betapa perit ujian yang dilalui para Rasul, Kekasih2Nya? Kita yang tidak melalui ujian seperit para KekasihNya tak mungkin dapat pernah menghayati dengan sebenar-benar perasaan, Rasulullah s.a.w berpuasa, akan teringat kelaparan dan kedahagaan umat baginda, Tapi jika kita berpuasa, hanya fikir “apa yang nak diisi perut nanti ni” Ni untuk kita berfikir sendiri, bukan memikirkan “kenapa orang lain tak rasa” Tugas kita hanya menyedarkan orang lain sambil menyedarkan diri sendiri, Bukannya memikirkan “bagaimana hitamnya hati orang ini” Tapi fikirkanlah, “hitamnya hati aku”..

Wallahua’lam