Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya.
Baru-baru ini, saya diberitakan tentang keterlanjuran seorang penceramah(ustaz) di Malaysia tentang sebuah hukum yang berkisarkan hal puasa. Ini bukanlah keterlanjuran yang tak disengajakan, malah ia seolah-olah mengiyakan bahawa kita sekarang berada di akhir zaman,seorang ahli ilmu yang menjadi tempat rujukan masyarakat boleh tersalah sebegini rupa,bukankah perkara ini sangat serius? Bukan sahaja ahli ilmu itu sesat, malah menyesatkan lagi ramai orang. Di sini ingin saya menceritakan perihal hukum tersebut, walaupun saya yakin ramai orang telah mengetahui yang sebenarnya, cumalah agar bila orang yang “tersalah dengar” itu bertegas dengan “hukum” daripada “ustaz” tersebut, mungkin dapat kita menjelaskannya kembali tanpa ragu-ragu..insyaAllah.
Orang yang sedang bersahur tiba-tiba masuk waktu subuh dalam keadaan di dalam mulutnya ada makanan, dia hendaklah mengeluarkan makanan yang ada di dalam mulutnya dan menyempurnakan puasanya. Seandainya sudah masuk waktu subuh, dia tetap terus makan makanan tersebut, maka tidak ada khilaf dalam kalangan ulama' batal puasanya.
* Sebahagian ustaz dan penceramah di Malaysia cuba membawa kekeliruan dalam minda masyarakat dengan membawa sebuah hadis yang sohih darjatnya, lantas menyatakan masih boleh makan walaupun masuk waktu subuh tanpa memeriksa maksud sebenar hadis tersebut. Pendapat tersebut bertentangan dengan Ijma' ulama'.
Hadis tersebut adalah hadis riwayat Abu Hurairah, sabda nabi:
"Seandainya seseorang daripada kamu mendengar azan dan bekas makanan ada dihadapan kamu, maka janganlah letakkan bekas makanan tersebut (berhenti makan) sehinggalah kamu menyelesaikan hajat kamu (habiskan makanan)" (Riwayat Al-Baihaqi, Sohih mengikut syarat Imam Muslim)
Sebahagian penceramah cuba mentafsir dan menyatakan kita masih boleh makan selepas azan subuh sampai habis makanan yang ada dalam pinggan kita, tapi tak boleh tambah (saya dengar dari seorang ustaz, penceramah dikenali masyarakat setempat, lepasan Mesir di salah sebuah surau di Kuala Lumpur).
Pendapat yang dibawa oleh ustaz tersebut jelas bertentangan dengan Al-quran, Hadis dan Ijma'.
Saya: Memang,hadis di atas adalah sohih. Tapi layakkah kita, mentafsirkannya ikut kepala sendiri tanpa merujuk pada pendapat ulama’-ulama’?Dah sampai peringkat nak jadi mujtahid macam Imam Syafi’e,Imam Nawawi,Imam Ibnu Hajar?Sedangkan Al-Quran yang dah hafal pun masih boleh tertukar-tukar ayat, hadis pun baca boleh salah baris,hafal hadis 40 pun terhegeh-hegeh,nak jadi mujtahid cam Ulama’-ulama’ muktabar? Boleh,tapi tanggunglah akibatnya sendiri di hadapan Allah kelak.
Begini, hadis di atas itu maksudnya umum, terdapat hadis lain yang juga sohih yang mengkhususkan maksud hadis tersebut:
" Sesungguhnya Bilal Azan pada waktu malam (belum masuk waktu Subuh) maka makan dan minumlah sehingga Ibnu Ummi Maktum azan" (Sohih Bukhari)
Seperti yang telah diperbahaskan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu', hadis tersebut dapat difahami nabi mempunyai dua muazzin: Bilal dan Ibnu Ummi maktum. Bilal azan sebelum waktu subuh dan Ibnu Ummi Maktum azan pada waktu Subuh. Ini bermakna hadis pertama tadi yang menyuruh orang menghabiskan makanan setelah dengar azan, adalah azan yang dilaungkan oleh Bilal (sebelum waktu subuh) adapun ketika azan kedua yang dilaungkan oleh Ibnu Ummi Maktum (azan subuh) tidak boleh makan, barangsiapa yang meneruskan makan Ijma' ulama' mengatakan batal puasanya."
Sumber: http://as-syazuli.blogspot.com/2010/08/pengetahuan-pengetahuan-asas-dalam.html
Saya ambil daripada link di atas,dan olah sedikit. Minta maaf ya.
Wahai penuntut ilmu agama, ilmu Allah, kami orang awam, tidak tahu banyak perkara. Kami ingin bertaqarrub kepada Allah,dengan ilmu yang diturunkan oleh ulamak pewaris nabi. Sesat ahli ilmu,sesatlah kami. Melainkan adanya rahmat Allah atas kami.Kamu berpeluang mewariskan ilmu daripada dada para ulamak. Kami orang awam menanam harapan tinggi pada para penuntut ilmu agama untuk membawa masyarakat. Kenapa terdapat segelintir daripada kamu yang tidak kasihankan diri sendiri,tidak kasihankan masyarakat yang dahagakan ilmu? Kenapa kamu mensia-siakan peluang menuntut ilmu agama yang Allah taklifkan pada kamu untuk membimbing kami?
Nak aktifkan persatuan,baguslah. Tapi janganlah bila ditanya benda yang tidak tahu, ringan je mulut mengeluarkan hukum. Tidaklah hina dengan mengatakan “maaf,bagi masa saya rujuk balik”. Jika tak mampu pergi ke majlis ilmu kerana terpaksa menguruskan persatuan, maka banyakkanlah merujuk orang yang banyak ke majlis ilmu, penuntut-penuntut ilmu yang selalu mendampingi masyayikh,atau terus bertanya pada ulama’ ahli ilmu. Tidaklah hina jika mengatakan “maaf,saya tak tahu”. Jika dicemuh kerana itu, ingatlah Allah telah muliakan kamu kerana takutkan azabNya berbanding cemuhan manusia. Lebih baik mulia di sisi Allah,kerana itulah yang kekal abadi….
Wallahua’lam.Post kali ini saya tujukan hanya kepada segelintir penuntut ilmu yang masih leka, yang menggunakan title “ustaz” ataupun “ustazah” untuk mengeluarkan hukum sesuka hati. Bukanlah nak marah, tapi sekadar teguran daripada saya orang awam. Bukanlah semuanya berani bermain-main dengan hukum Allah,hanya segelintir.Kerana perasaan cinta yang Allah kurniakan atas setiap hambanya, termasuk saya, terhadap masyarakat muslim dan agama Allah itu, kita semua berharap agar sama-sama dapat berubah ke arah yang lebih baik di sisi Allah s.w.t.ameen ya Allah.
Minta maaf sangat-sangat pada semua,jika saya terkasar bahasa.

wallahua'lam.
Jazakumullahu khair.
wassalamualaikum.
"Nak aktifkan persatuan,baguslah. Tapi janganlah bila ditanya benda yang tidak tahu, ringan je mulut mengeluarkan hukum. Tidaklah hina dengan mengatakan “maaf,bagi masa saya rujuk balik”. Jika tak mampu pergi ke majlis ilmu kerana terpaksa menguruskan persatuan, maka banyakkanlah merujuk orang yang banyak ke majlis ilmu, penuntut-penuntut ilmu yang selalu mendampingi masyayikh,atau terus bertanya pada ulama’ ahli ilmu. Tidaklah hina jika mengatakan “maaf,saya tak tahu”. Jika dicemuh kerana itu, ingatlah Allah telah muliakan kamu kerana takutkan azabNya berbanding cemuhan manusia. Lebih baik mulia di sisi Allah,kerana itulah yang kekal abadi…"
ReplyDeleteKenapa orang berpesatuan yg dikaitkan dengan ketiadaan masa utk belajar?
Adakah ustaz2 berpersatuan yang berfatwa sesat itu?
Adakah orang2 xberpersatuan mempunyai ilmu yang benar?
Hanya persoalan, bagi saya, bukan sahaja orang berpersatuan tetapi semua yang bernama penuntut ilmu, di mesir ni sendiri ada juga ustaz yang berfatwa mengarut2, walau dia sendiri ANTI PERSATUAN.
Di mesir ni juga, ada ustaz yang punyai akhlak yang jauh lagi teruk dari student medik, bahkan guna agama utk halalkan perbuatanya. Dan pada masa yang sama ustaz itu juga ANTI PERSATUAN.
Jadi tidak adil, kita kaitkan orang berpersatuan sahaja, tetapi mesti rangkulkan semua.
Bahkan ada orang berpersatuan tetapi ilmu lagi bagus dari orang yg tidak berpersatuan.
Main faktornya, bukan berpersatuan dan sibuk, tetapi MANUSIA+MANAGEMENT+AKHLAK
-Sekrang ni ada orang sebar link blog kamu, kata teguran ini ditujukan orang berpersatuan pluss fatwa sesat.
Sekadar pandangan supaya adil utk semua
maaf2,sebenarnya sy tujukan ni secara umum.bukan untuk 'org berpersatuan' je..
ReplyDeletecuma kdg2 org yg terlalu aktif dlm persatuan ni,memandang remeh tugas menuntut ilmu,asyik sibuk dgn mesyuarat situ-sini.namun itu dah jadi tugas nya kerana perlu memudahkan urusan org ramai.jadi sy hanya ckp jika tak tahu,jgn main pandai2 keluarkan hukum.salahkah teguran begini?lagipun,bukan semua yg aktif persatuan itu tak bersungguh dalam menuntut ilmu.
namun jika tulisan sy disalah fahami,dan menjejaskan imej org yang aktif persatuan ni,mohon maaf bnyak,atas silap ni.
org yang tak berpersatuan n tak menuntut ilmu itu lagilah,langsung tak memberi manfaat.
wallahua'lam
jazakallah.
Pandangan saya pertama tu, sekadar penambah baikan. Supaya semua manusia dapat manafaat. (bukan hanya utk orang berpesatuan). Soal berfatwa sesat,wajar kita tolak golongan seperti ini. Cuma saya taknak kita simplistik terhadap orang berpersatuan. Sedangkan percentage orang yang betul2 komited berpersatuan hanya 10-30% dlm masyarakat. Contoh "kita hanya marah kepada pihak polis diatas peningkatan kadar jenayah. Sedang punca jenayah bukan hanya faktor polis".
ReplyDeleteSalahudin alayubi, sultan muhamad al-fateh, antara contoh orang KUAT PERSATUAN. Tapi masih mampu menyiap waktu untuk belajar.
Secara realitinya, orang kuat persatuan tak ramai,hanya 10-30% dari jumlah masyarakat,Bahkan ada dikalangan mereka yang cemerlang berbanding mereka yang xkomited pada persatuan. Tapi ramai yang taknak highlight kejayaan mereka, yang disebut kegagalan segilitir sahaja. Bahkan kadang2 kegagalan itu sudah berlalu. Tetapi diulang2.
Akhirnya,mind set masyarakat meletakkan persatuan punca kegagalan dan tiada masa untuk belajar. Dan orang yang baru berjinak berpersatuan pun terasa normal jika tidak belajar.
Mungkin suatu masa,manusia akan menulis tentang "Pelajar medik mesir terbunuh pesakitnya, disebabkan gagal menguasai bahasa arab, kerana terlalu sibuk dengan buku bahasa inggeris itu dan ini, sehingga tak faham doktor kuliah ajar apa". saya yakin, tiada siapa setuju ayat diatas.
Apapun tahniah kerana menulis, keep writing!
Sekadar perkongsian pandangan.
"Dinamik itu matang dari kritis"
Salam Ramadan
btul lah gitu,ana pun x layak nak ckp apa2 kat org kuat persatuan ni,sbb ana buknnya aktif sgt pun,sekadar ikut aktiviti.tu pun rezat ckup makan,alhamdulillah.
ReplyDeletedoktor kat kuliah ana hanya ajar guna bhs Inggeris,jrg skali ade perkataan arab,jadi xleh nak komen apa2 lah pasal satu perenggan tu.
moga berkat ilmu tu ada atas susah payah kita menuntut,bukan sekadar belajar baca buku.
insyaAllah.bak kata sheh nuruddin,lau dok kat rumah tgk majlis ilmui melalui internet cthnya,perasaan nak jaga adab dlm majlis ilmu tu takde,siap leh makan lagi smbil dgr kuliah.tak cukup ngan tu,tawar kat guru yg sdg mengaja plak..mane nak ade berkat lau camni?
'ala kulli hal,syukran bnyaklah ats perkongsian.
jazakumullahu khair,ameen.
mmg artikel ni hentam org yg berpesatuan. Sampai skrng tak da rasa nak baiki artikel yg dibuat ni.
ReplyDeleteBila majoriti org anggap artikel kita salah lps tu kita duk pertahankan kita adalah betul sama saja dgn org yg keluarkan "fatwa sesat" tu.
hm..
ReplyDeletemmg lah artikel ni hentam orang berpersatuan...
yang memandai mengeluarkan hukum SAHAJA
jadi kalau anda tak tergolong dalam golongan tersebut,tak usahlah terasa
ana cuma ikut kata sorg penuntut ilmu ni,dia ckp, lau budak medic yang tegur,mgkin lebih bagi kesan dpd budak agama sndiri tegur.
hanya teguran untuk kita sama2 muhasabah diri.
wallahua'lam